Saturday, April 13, 2013




penat.
penat sangat.
penat bila dapat kenal dengan orang yang suka menjaga tepi kain orang, walhal kain diri dia sendiri koyak pun tak perasan.
penat jumpa dengan manusia begitu. penat membaca, penat melayan, penat memikir dan yang paling penting penat gelak. 

kehidupan diri dia sendiri tak indah agaknya smpai nak kacau kehidupan orang lain. kelakar lah awak ni. rasanyalah hobi awak memang mencari kesalahan orang, memburukkan orang, mengutuk orang eh?

bila nak stop buat demikian?
sampai malaikat tutun mengambil nyawa awak?
Allahuakhbar, sempat ke nak bertaubat?
ya Allah ........................................

bila manusia berdiam, mcmnilah. macam macam berita buruk mengenai manusia yang diam tu. elok elok manusia diam, ada yang mengata. elok elok manusia berbicara, ada yang mengutuk. habis yg mana satu perlu dalam kehidupan ni? dah dua dua kalau kita buat orang mengata, orang mengutuk.


hi awak.kehidupan awak tak seindah, tak sebahagian kehidupan saya eh? sebab itu awak sering mencari kesalahan saya untuk mencari bahan bual. kelakar lah awak ni. seorang yang cemburu rupanya. cemburu dengan kehidupan manusia lain. eeee rasa nak gelak aje. 

awak nak buka cerita lama saya ?
awak bukalah, saya tidak kisah.
sebab itu urusan saya. urusan saya dengan Allah.
dan aku, boleh aje nak bukak cerita pasal awak awak awak. cuma saya tak berani sebab


"Allah ada janji, jika kita tutup aib org, Dia akan tutup aib kita di dunia dan akhirat.
Jika kita buka aib org, Dia akan tunjuk aib kita di akhirat kelak.
Jadi, kalau tidak mahu aib kita dibuka, diam-diam saja jika ternampak keburukan orang lain.
Sebaiknya, kita pergi tegur dia cara hikmah, supaya orang lain tak tahu."

sebelum berakhir, ini untuk awak awak dan awak.
bacalah ye............



Dia buat salah, boleh jadi kerana kejahilannya. Jadi tak wajar kita buka aibnya. Sedangkan nabi sendiri tak pernah buka aib orang lain, kita ini pula sibuk dengan mereka.
 Jika kita buka aib orang lain, sebenarnya kita menunjukkan kelemahan kita sendiri. Daripada kita fikir kelemahan orang lain, baik kita perbaiki kelemahan diri kita. Lebih baik kan?

Wallahualam.
tanya diri tepuk dada tanya iman.
jangan lupa jaga kain awak sendiri
Assalamualaikum