Saturday, April 20, 2013


Manusia.

manusia kadang kadang melakukan kesilapan.
manusia kadang kadang cakap main lepas.
manusia kadang kadang mempunyai perangai yang gila.
manusia kadang kadang suka mengumpat.
manusia kadang kadang beremosi.
manusia kadang kadang menyebok hal orang.
manusia kadang kadang beremosi tinggi.
manusia kadang kadang mempunyai masalah.
manusia kadang kadang lupa diri.
manusia kadang kadang sedih tanpa sebab.

and yes, saya manusia. dan kebanyakkan manusia mempunyai "kadang kadang" di atas. 
tak usah tipu diri sendiri. sebab satu dunia Allah dah bagi perangai manusia yang sama.

manusia ini general. open. semua orang digelar manusia. tak kira laki, tak kira perempuan, tak kira bersongkok, tak kira bertudung labuh, tak kira berfree hair. semua manusia. manusia yang sama disisi Allah.

manusia.
selalu melakukan dosa.
selalu mempertepikan pahala.

kenapa?
kenapa manusia sering mebuat dosa pahala sedangkan mereka tahu akan kewujudan Syurga Neraka?

sebab manusia tidak sempurna.
mungkin.

pernah tanya dalam diri sendiri, kenapa bila manusia yang penuh dengan dosa, Allah tak tarik nyawa dia?
dan kenapa bila manusia yang penuh dengan keimanan, Allah cpt cpt mencabut nyawa dia?
pernah tanya?

Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Penyayang.
Allah bagi peluang kepada si pendosa kerana Allah mahu si pendosa bertaubat. Allah panjangkan umur si pendosa sebab Allah nak si pendosa bersujud, berdoa dengan menyesali semua perbuatan dia. mahu perasan atau tidak. Allah bagi masa untuk si pendosa sedar akan dosa dosa yang si pendosa lakukan, kerana Allah mahu di ke Syurga Allah.
Allah tarik nyawa si taqwa sebab Allah taknak si taqwa akan terjebak dengan pelbagai perkara yang dilarang. Allah takut. Allah takut apabila si taqwa kenal akan duniawi, si taqwa akan lupa segala galanya mengenai akhirat. sebab itu, Allah bgi si taqwa masa yang pendek untuk peroleh kehidupan di dunia dan memberi pelbagai kenikmatan di akhirat.
nampak bukan perbezaan antara manusia pendosa mahu manusia taqwa..............

yang mana satu kita?
manusia pendosa atau manusia taqwa?

manusia boleh berubah.
manusia perlu yakin bahawa kehidupan setiap manusia adalah terhad. kehidupan setiap manusia akan dihitung satu persatu. manusia ada akal, manusia mampu berfikir.

Allah Maha Pengampun.
bila manusia melakukan kesilapan, memohon ampunlah kepada Allah kerana Dia tahu akan segala isi hati kita.


manusia bersedih, jumpalah Allah.
manusia gembira, jumpalah Allah.

kerana Allah, manusia ada didunia :')

kita kaum Adam. kita kaum akhir zaman. kiamat semakin hampir. Syurga atau Neraka pilihan kita?

buka Al Quran, beristighfar.
mungkin saya, mungkin awak, mungkin mereka yang akan pergi dahulu.

Assalamualaikum