Sunday, March 24, 2013


semakin lama, peperiksaan semakin hampir.
semakin lama, semakin pelbagai masalah datang menimba.
adakah ini malang atau ujian dari Allah ?

kat dunia ni kadang kadang bila kita tak buat salah pada seseorang, mula lah orang akan cari kesalahan kita sekali gus memburukkan nama baik kita.

pelik bukan dengan orang mcmtu. kalau tak suka sekalipun dengan orang tersebut, jangan jaja cerita jangan jaja nama, buruk padahnya.

dah besar panjang, benda buruk baik tak dapat beza. ingat, Allah bagi akal mohon untuk berfikir. jangan buat benda yang hanya untuk kepentingan diri sendiri.



orang kalau dah benci seseorang tu, semua kesalahan orang tu dia nampak. semua benda dia cakap salah. sebab apa dia buat mcm tu? sebab dia benci kita.

ujian itu dari Allah. Allah bagi ujian sebab Allah sayang kita. kita kena kuat. hati kena kental. jiwa kena rock. mata jangan nangis. jangan nangis sebab benda bodoh. jangan nangis sebab benda yang tiada motif.

kawan, kalau dia sayang kawan dia, dia takkan buat kita nangis. dia akan backup kita, bukan buat benda lain.

motif utama orang tu cari kesalah kita ?
sebab Allah sayang kita.
Allah suruh orang tu jaja nama kita, kita akan jadi kuat, kuat untuk mengharungi pelbagai ujian, kuat untuk berfikir perkara baik buruk, kuat dengan segalanya.

maaf sebab beremosi.


kadang kala kita kena sedar bahawa diri kita ni bukan anak patung, yang bila perlu sayang, bila jumpa anak patung lain kena buang.

" Allah bersama-sama orang yang bersabar "

fikir.
jaga diri.
jaga iman.
assalamualaikum