Thursday, September 22, 2011



Ada orang menyatakan, untuk menjadi dewasa kita perlu kecewa. Kita perlu gagal untuk mengetahui lebih dari sepatutnya, kita perlu kehilangan sesuatu untuk mendapat lebih banyak. Dan semua benda yang kita lalui haruslah merasai sedikit penderitaan dan kesakitan kerana di situ terletaknya pengajaran paling bermakna dalam hidup.


Benar kah?

Ada orang sayang orang lain macam mahu mati.
Tapi, adakah dia dapat apa dia mahukan nanti?
Sayang sehingga sanggup korbankan diri.
Tercapai segala hajat di hati?
Ataupun bakal dikhianati?

Sakit.
Memang sakit apabila kita mengetahui perasaan menggunung yang kita pendam dan simpan tidak membawa sebarang erti. Kosong. Tiada makna pada manusia yang kita sayang sepenuh hati. Dalam otak kita, kita pahatkan dengan ilusi bahawa segala apa yang kita buat akan mendapat perhatian dia, limpahan kasih sayang kita akan membuatkan dia berpaling dan memegang tangan kita dengan senang, sepenuh air di kali. Tetapi malangnya, itu semua mimpi.

Perasaan mahu memiliki.
Perasaan ingin dimiliki.

Setiap manusia ada keinginan itu. Paling kurang sekalipun, manusia ingin perasaan memiliki. Sebab itu segala benda berteknologi dan apa sahaja adalah dibuat untuk manusia. Manusia ada kehendak dan keperluan yang mahu dipenuhi. Perasaan, nafsu adalah sebahagian daripada sifat manusia itu sendiri. Kau boleh mencebik orang mengatakan itu semuanya duniawi, tetapi adakah kau bukan sebahagian daripada dunia sementara ini?

Kau juga masih seorang manusia.